Thursday, April 24, 2008

Petikan dari....

http://tipulagi.blogspot.com/


12. Jadi, nampaknya, kita masih mengekalkan fiil dan budaya lama, fiil tidak mahu memeriksa kesalahan dan kelemahan kita secara kolektif, secara rasional, bijak dan cerdik. Kita mencari kesalahan orang lain, kesalahan pengundi, kesalahan parti lawan.
Para pemimpin parti – walaupun tidak semuanya – cuba menutup suara rakyat akar umbi UMNO, tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan dan teguran mereka. Kita pergi ke sana ke mari menyebarkan propaganda dan dongeng bahawa parti akan rosak jikalau ahli akar umbi UMNO tidak menyerahkan segala masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang kepada pucuk pimpinan untuk ditangani dengan sebaik-baiknya – mereka diseru supaya memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan.
Apakah mereka tidak sedar bahawa yang menjadi punca besar kelemahan UMNO yang membawa kepada malapetaka yang tersebut itu bukan rakyat akar umbi UMNO tetapi ialah kelemahan kepimpinan UMNO, ini termasuk para menteri UMNO, yang setengah-setengahnya tidak mempunyai rekod peribadi, moral dan budaya yang baik.
Merekalah yang tidak mahu UMNO berubah; merekalah yang mahu kepimpinan UMNO yang ada dikekalkan, jangan digantikan, jangan ditandingi.
13. Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’. UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu.
Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti ‘Tanah Air’.
Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.
14. Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya. (Tiga Perubahan Besar Yang Harus Berlaku dalam UMNO)

10 comments:

Anonymous said...

BUTOH LA LU MAT... aDA CITA2 NAK JADI KETUA PEMUDA UMNO REMBAU...

Anonymous said...

Mamat mana la yg tak beradat dan beradap ni.....jauh benar menyimpang dari apa islam ajarkan..
salah ke brader ni bercita cita nak jadi ketua pemuda rembau..??

zigzag said...

Isa,kau ni mmg tak berguno punyo manusio,mano budi bahaso kau,mulut kurang ajar.orang nak jadi ketuo pemudo rembau bairlah,yg kau risau apa pasal.Kalau kau handal nak tawarkan diri,poi lah.Sekurang2nya dio berani,tp kau? Pengocut,takdo tolo.Ini negara demokrasi,sapo2 boleh bertanding,presiden umno boleh di lawan,ni kan pulak setakat ketua pemudo umno rembau...Lagi ramai tawarkan diri lagi bagus.

Renung2kan dan selamat beramal...

Anonymous said...

saudara azman,
Untuk mendapat kejayaan dalam perjuangan perlu banyak sabar dan tenang.itu penting agar taufik dan hidayah akan sentiasa mengiringi perjuangan saudara....ingatlah sentiasa agar sentiasa ikhlas dan jujur...biar apa orang kata..mulut tempayan boleh ditutup,,inikan mulut manusia....hanya Allah saja yang tau....SEMOGA MAJU JAYA k..

Anonymous said...

Orang jenis apalah isa ni ,harapkan nama aje elok.monyet pun tak cakap macam tu.ISA TARAF KAU LAGI RENDAH PADA MONYET,LEMBU,TENUK,KATAK,MENGKARUNG,KUMAN DAN SEGALA BINATANG YANG HINA ATAS MUKA BUMI INI ,TAK LAYAK KAU JADI MELAYU ISLAM......

Anonymous said...

ISA KALAU KAU NI ORANG KJ MAKA TARAF KJ PUN SAMALAH MACAM KAU,KURANG AJAR PUNYA ORANG TAK ADA KESOPANNAN LANGSUNG.

Anonymous said...

ISA... inilah rupanya pemuda yang mengagungkan pemimpin kayaraya tu...
sanggup mencarut... utk duit.

Anonymous said...

Saya paham satu benda, "kalu nak kaya copek masuklah UMNO", cliche yg sering saya luahkan dan.
Persoalannya, di manakah perjuangan untuk memartabatkan bangsa melayu itu kalau awal-awal lagi sudah visinya begitu. Misinya pula, nak dpt projek.
CORRUPTION IS AN ENDEMIC EPIDEMIC, from UMNO to goverment sector.
Antara akibatnya, terhasillah generasi mat rempit dan bohsia, hedonistik, seks bebas, gara2 disuapkan dan dibesarkan dgn rezeki haram iaitu rasuah.
YOU ARE WHAT YOU EAT.
hehe...
LU PIKIRLA SENDIRI!

Anonymous said...

Brader azman and the gang dah lamo masuk umno tak jugo kayo dio....atau belum maso nak menjadi kayo, Allah bolum izinkan lagi..
kalau rezeki halal kito belanjokan kek tompek haram/shubahat pun akan melahirkan generasi macam brader qaz tulis tu jugak. Means that tak semuonyo disebabkan satu faktor sajo..banyak penyumbangnyo...
samo samo kito pikir...
semuo yg berlaku adalah dengan izin Allah. berusaholah kito utk cari redhaNya.
sekadar pandangan......

pakitam67 said...

Saya paham satu benda, "kalu nak kaya copek masuklah UMNO" dipetik dr komen qaz.

Cubo pandang belakang (Wakil Rakyat @ YB) ado tak yg tak kayo.

Sendiri mau ingat la.

Apo dah jadi dgn Dato Zaharuddin Sharif (org sebolah kpg den)
dr seorang cikgu mengajar sekolah rondah kek lubuk cino (klu xsilap), skrg cubo tgk bagaimana keadaan dio?