Wednesday, April 23, 2008

Satu Wadah perubahan

Sejarah mengajar kita erti kesilapan, sejarah umno itu sendiri dari kebangkitan kemerdekaan 50 tahun lalu pemimpin2 dahulu yang bertungkus lumus memberi kita hari ini mengecapi kebebasan dari penjajah yang memerintah selama lebih 200 tahun. Pejuang terdahulu memerah keringat menyedarkan orang melayu islam erti bebas.

Hari ini ramai pejuang umno lupa perjuangan datuk nenek kita yang sanggup mengorbankan diri demi untuk kita hari ini. kemewahan, wang ringgit, kuasa menutup mata pemimpin sekarang. lupa asal perjuangan itu. Inikah warisan yang akan kita tinggalkan pada anak cucu kita akan datang.

Saya masih ingat pada cerita seorang tua yang dulunya pejuang dalam umno menceritakan, untuk nak menjadi wakil rakyat pada zaman beliau ramai yang tak sanggup apatah lagi untuk merebut jawatan itu kerana tanggungjawap terhadap orangramai amat berat. Kepentingan masyarakat perlu diutamakan dari kepentingan peribadi. Tapi hari ini lain yang berlaku.
saya rasa tak mustahil untuk kita berbalik kepada asal perjuangan kita. Tetapi selagi ada pemimpin yang tamak kuasa dan wang ringgit pemimpin seperti ini mestilah di singkirkan.

Kita lihat pergolakan dalam umno hari ini dari grassroot hingga lah keperingkat tertinggi, lupakah kita pada asal perjuangan itu. Berbalah sesama sendiri... caci mencaci sesama sendiri, memaki antara melayu yang berugama islam. fitnah berleluasa. Blog seperti ini digunakan untuk memfitnah mencaci memaki... inikah budaya kita. Saya amat berharap blog saya ini tidak digunakan untuk melepaskan geram.
Saya menolak KJ bukan kerana beliau musuh saya. Tetapi lebih kepada ideologi yang dibawa beliau tidak sehaluan dengan saya. Bagi saya beliau gagal dalam perjuangan yang saya dan sahabat2 inginkan. Malah beliau selalu mendapat gambaran yang salah dari pengampu2 beliau.
Malah kami menentang bukan kerana benci tapi rela hati untuk perpaduan umat islam melayu
di rembau supaya kembali kepada asal perjuangan dan bertaup kembali. Kalau nak dibandingkan KJ dan saya... siapalah saya... hanya ahli umno biasa... sedangkan yang kami tentang seorang menantu PM. Tetapi demi perjuangan umno terdahulu tekad dan semangat yang ada sokongan sahabat2 untuk membuat perubahan... tetap kami akan teruskan.

Kita jangan lupa 10 juta pengundi diluar sana hanya 3 juta ahli umno. Rakyat dah semakin hilang percaya dengan pemimpin yang angkoh dan sombong suka menipu suka di puja ... mereka ingin melihat pemimpin mereka senang didekati berhati mulia mendahulukan kepentingan orang ramai dari diri sendiri.
Jangan salahkan pas, pkr jika melayu islam kini tidak menyokong umno. mereka ingin melihat umno yang dulu zaman toknek kita berjuang untuk rakyat. kita yang salah... lupa dan lalai.

Marilah sahabat2 ku kita buat semula... perubahan mesti dilakukan biar banyak rintangan nya.
cuma umno yang boleh mengubah umno semula.

Salam perjuangan.

10 comments:

Abafahim said...

Mata kapak yang dibuat daripada besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh memotong. Maka, ingat, Hanya melayu sahaja boleh membina ataupun menjatuhkan melayu.

Anonymous said...

kunjungi http://www.fendy1982.blogspot.com/

paneh said...

KJ agen CIA? CIA agen Yahudi. KJ Agen Yahudi?

Anonymous said...

ese respect pandangan ekau walaupon ese penyokong pakatan rakyat!!!

Anonymous said...

Pemimpin UMNO memang tak sodar dan pedulikn akar umbi , disangat kalapl tongah nak tonggolam masih ado pemimpin yg buek bondo tak baik kek hotel!!

Report withdrawn. I heard that a report on alleged sexual harassment, lodged a few days ago by a female employee of a hotel in KL against a VIP, has been withdrawn.

The MSM will confirm the news for us in a while, I suppose.

I'll update if I can, but y'see I don't really like doing sexual harassment cases. Saw more than enough in my years in the papers - allegations of sexual harassment that happened in the news room and police cases filed against people - usually VIPs - outside the newsroom.

For this particular case, a couple of blogger buddies were giving me sort of a running commentary on what was happening. Which was how I heard that the lady who lodged the report had been assigned this top-notch criminal lawyer.

Front page stuff for the tabloids, yes, but not the kind a journalist would want to boast about over beers at the club.
Speaking of which ....

-petikan dari rocky-bru

camno org nak cayo kek UMNO camni!!

Anonymous said...

Teruskan perjuangan anda untuk masa depan agama bangsa dan negara.

SYAHAMIN said...

KJ nih... kita sebenarnya tak tahu sangat ASAL USUL dia... DIA LAHIR PUN DI KUWAIT... DIA BELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PUN DI SINGAPURA, dia BELAJAR UNIVERSITI PLAKS DI UK.... MANANYA DIA JADI ORANG REMBAU....

Sekarang PETISYEN PILIHANRAYA TELaH DIBUAT untuk Kawasan REMBAU... Harap MEMBANTU untuk MENJATUHKAN KJ... SEBAB kita tidak mahu PEMIMPIN SEBEGINI yang MENIPU untuk KUASA dan MENIPU RAKYAT....

Kamu tahu apa yang BERLAKU.... APA TUNGGU LAGI!!!!

paneh said...

Hmmmm...semua pemuda rembau kena bangkit. jgn kono boli. zaman dulu MT takut ngan suara pemuda. skrg ontah la.

Anonymous said...

azman mengapakah tuhan mencipta kau menjadi manusia tidak menjadi haiwan.ialahkan kau ni makluk perosak.jangan cerita pasal unmolah kalau tak tau tentang perjuangan.cakap semua org leh cakap selama kau duduk AJK PEMUDA apo yang kau buek ginttel tolo yo.den nak ingatkau pasal kau tak buek apa2 lopeh tu nak salahkan org plak.nak singkir kan KJ konon handal bona ke kau.susu anak pun mintak kek KJ apo ingat den tak tau ko.sahlah man duk ontok2lah.kok ramai yang telanjang kau sok jangan main2

Anonymous said...

to mat prang....cubo sodar sikit..apakah kau nak mempersoalkan Hak Allah menjadikan azman sebagai manusio?? Siapo kau??? Apakah kau lebih mengetahui dari Dio?? Kemudian kau fitnah pulak brader Azman mintak duit susu anak mintak Kek KJ. Tak terfikir ko esok kau nak kono mintak maaf ngan Azman ni sobab dosa fitnah yg disifatkan lebih besar dr dosa zina tu. Kau lupo pulak Allah menjamin rezeki kepado setiap makhluk ciptaan Dio??
Ini sebagai teguran / pesanan semato mato sebab sesama manusia kita kono selalu buat macam tu sesuai dgn FirmanNya dlm Surah Al Asr.
Takut kito tersasar dr landasan yg dah ditunjukkan...
fikir fikirkan.