UMNO... Pertubuhan kebangsaan melayu bersatu ditubuhkan oleh orang2 melayu ketika dizaman penjajah untuk menentang penjajah dan memertabatkan orang melayu sebagai satu bangsa yang merdeka. Perjuangan UMNO waktu itu amat jelas biarpun berdepan dengan segala macam kesukaran, pejuang2 UMNO amat iklas berjuang demi agama islam dan bangsa melayu, demi Malaysia mencapai sebuah negara yang ditadbir oleh anak bangsa sendiri.
Hari ini Malaysia telah pun dilimpahi rahmat dengan kemajuan, kekayaan hasil bumi. Pemimpin silih berganti dengan segala usha yang terdahulu hingga kini dibawah payung UMNO.
kejayaan dan kekayaan yang telah kita perolehi selama ini menjadikan sesetengah pemimpin kita alpa dengan asal perjuangan untuk memertabatkan bangsa melayu leka dek kemewahan dan kuasa yang diberikan oleh rakyat. sehingga kita dikejutkan dari mimpi indah oleh pru 12.
setelah bangun dari mimpi lihatlah dimana kah letaknya melayu..? ekonomi...? (UMNO) melayu bersatu...?
Trend pengundi muda ketika ini dan yang bakal mengundi pru13 tercari2 dimanakah kemantapan ekonomi mereka dalam survival kehidupan.
Kearah manakah kesedaran, penyatuan pemuda umno yang kini semakin tercabar dengan gelagat pemimpin pemuda yang gagal mendengar rintihan mereka. sehingga ada yang terpaksa meneruskan kehidupan dengan ketuanan "yes bos" dengan mengabaikan apakah erti perjuangan memertabatkan agama dan bangsa melayu.
Barah yang bertapak didalam umno ini perlu ada satu penawar yang cukup berkesan sebelum ianya menjadi parah.
Justeru itu perjuangan saya, sahabat2 yang sayangkan umno adalah demi untuk kesedaran, penyatuan umno dan suara mendesak kepimpinan agar suara kami didengar.
Perjuangan inilah yang kami bawa semenjak 2005 hingga kini demi untuk kepentingan pemuda dan pengundi muda.
Tersisih ditinggalkan dek kerana suara mendesak kami sehingga kepimpinan sanggup mengabaikan kami. Perjalanan kami bukan mudah sejak itu tetapi tekad yang ada memberi kami kekuatan untuk mengubah atau berubah.!.
salam,
azman mohd sah.
Friday, May 2, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)