Tuesday, May 20, 2008

TUN perjuangan belum sudah.

Terkejut dengan berita Tun...

Ramai yang cuba mengupas isu ini memberi pandangan, kritikan tak kurang juga yang mencerca...

Apa pun TUN tak seharus nya dilupakan disisihkan. Jasa dan perjuangan beliau amat besar seperti pemimpin terdahulu.
Amatlah tidak betul seorang pemuda seperti KJ yang tidak panjang sejarah politik dan sejarah perjuangan nya mengkritik TUN yang membawa pembangunan Malaysia selama lebih 22tahun.

Hari ni kita melihat kebawah diakar umbi masih belum nampak tanda2 ketua2 pemimpin yang berkata yang berjanji untuk mendengar rintihan akarumbi... Dimanakah mereka...?

UMNO masih lagi dibuai kesenangan teguh memperkatakan kekuatan umno... dimanakah penyatuan... pemuda semakin berpecah. pemuda semakin hilang arah seperti anak kehilangan ibu.
Pucuk pimpinan masih lagi alpa dengan kemewahan.

Kami percaya hanya orang umno yang dapat memgubah keadaan ini... berbalik lah semula ke perjuangan asal....
Saya dan sahabat2 akan tetap berjuang untuk suara kami didengar... supaya kami dibawah dapat bersama2 memperjuangkan ahli2 dan juga keseluruhan orang melayu islam di rembau
adakah hanya kerana kami ingin perjuangkan hak dan suara kami.... kami perlu disisihkan... hanya kerana ingin melihat penyatuan orang melayu islam suara kami disekat.... kami bukan dari kalangan yang pandai membodek dan bukan dari ketuanan yes bos yang terpaksa mengikut segala arahan akur dan terima.
Pengundi muda semakin ramai... mereka semakin cerdik sebenarnya melihat suasana politik hari ini, pru 13 semakin ramai pengundi muda akan mengundi...
Usha mesti dilakukan sekarang... sebelum terlewat.
Kawan2 sahabat2 yang berjuang demi anak melayu islam kita yang makin tercabar, haruskah kita hanya melihat saja... perubahan mesti dilakukan.
Umno adalah paksi untuk kita bekerja, usha mesti diteruskan.

salam perjuangan.
Azman Mohd Sah


Kepada TUN perjuangan masih belum selesai... selagi anak bangsa belum bersatu....