Friday, April 18, 2008

perjuangan umno

Assalamualaikum....

UMNO itu sendiri sebuah badan yang berintipatikan perjuangan membela melayu islam tetapi kerakusan pemimpinnya sikap sombong dan angkoh yang menjadikan umno dalam krisis seperti sekarang ini. kerana kuasa dan wang ringgit menjadikan kita lupa asal perjuangan itu. kalau nak dikira perjuangan dari peringkat cawangan pemuda apa sangat lah yang kami harapkan selama ini, malah kesungguhan kerja yang kami jalankan di peringkat grassroot bukan bergaji pun. Saya dan sahabat2 yang di tugaskan bukan meminta2 demanding. Kita bukan dari golongan hartawan.

Kita lihat senario perjuangan parti umno itu sendiri. Pemimpin tertinggi dibahagian, negeri dan peringkat tertinggi kadang2 lupa menunduk kepala melihat kebawah tetapi lebih kepada mendongak. Isu yang berbangkit sekarang ini termasuklah soal kepimpinan, soal kos kehidupan soal keselamatan semuanya berkait dengan isu survival hidup bukan saja warga parti yang paling bawah tetapi juga jangan lupa masyarakat luar parti, pengundi dan juga bukan pengundi.
Hidup mereka terhimpit... inginkan jalan keluar.

Umno setelah 50 tahun kita merdeka adakah kita jadi sombong dengan pencapaian kita atau seharusnya kita jadi humble.

Inilah wadah perjuangan saya dan sahabat2 untuk membuat pembaharuan walaupun ini satu kerja yang bukan mudah setelah sekian lama ahli2 umno meletakan motif perjuangan yang lain. Perubahan perlu juga dilakukan....Seseorang kena lakukan.
Umno banyak berjasa melalui pemimpin terdahulu adakah kita harus campakkan umno itu setelah ramai pemimpin sekarang lupa. semudah itu kita melupakan jasa orang lama.

Pemimpin tertinggi sekarang ini seharusnya membuat pembaharuan dengan segera bagi mengelakan perpecahan. Janganlah selalu memandang rendah terhadap ahli bawahan dan yang paling penting kita selalu dengar kita seringkali memandang rendah pihak lawan(pembangkang).

Sebab itu kami menolak KJ kerana perjuangan beliau bukan seperti yang kami impikan kerana kuasa dia sering memandang rendah kepada kami. Beliau lebih suka didampingi oleh pengampu, pembodek yang memberikan berita gembira bukan nya pengkritik seperti kami.

Kami perlukan sokongan dan bantuan dari kawan2 semua kerana kami akan melawan menantu PM. Bukan kerana dipaksa tetapi dengan rela hati memperjuangkan pembaharuan.

20 comments:

Rosmerah said...

Dah oklah ni man ,cerito pun dah panjang sikit dah link pulak ngan kengkawan bagussssssssss,ha kengkawan semuo apo lai mehlah berjuang tak kan tengok jo,kok ramai kan meriah ,bulih kito minum minum,makan makan apa ajolah........wassalam

aku cinta pada mu UMNO...Mmuuuuuaaahhhhh

Anonymous said...

assalamualaikum bro.ni gua nak tanya sikit la ..apa la sangat kau orang berjuang pasal nak mempertahankan melayu aa.baik lah kau berjuang nak mempertahan kan agama islam...kadang kadang muak aku asyik cakap pasal melayu ni..aku pun orang melayu tapi pertahan lah agama ISLAM ...kalu setakat ahli pemuda umno nak buat perobahan rontikan lah umno ni tak boleh nak ubah dah ...kau tengok je la orang kat atas tu semua ada history salah laku cam ni kau nak ubah...Anwar ibrahim tu pun disepak terajang ni kan pulak pemuda umno..sudahla tu ...

Rosmerah said...

Bro anonymous, apasal tak ada identiti,orang islam ada nama tau siap ngan bin lagi.jadilah pengkritik yang berhemah.Lontarkan cadangan yang bernas untuk kita bela agama, bangsa dan negara kita ni.Untuk pengetahuan bro anuar tu pun dulu orang UMNO pasal tak betul lah kena sepak tu.

Anonymous said...

kau orang cakap anwar tak betul kau tu betul sangat ke....dah kepala kat atas tu bawak taik orang kat bawah pun kena jugak la taik tu ..macam kau orang semua tu la.....kurang kurang anwar tu tak payah cakap dia betul tapi mahkamah yg tentukan dia tak bersalah pandai pandai je kau orang cakap tak betul lain kali tengok diri sendiri.....aku cakap ni bukan nye ape puak puak umno ni kena cakap kasar skit cakap lembut tak paham...telinga dah tebal....lagi satu kalau kau orang nak tau khiry jamaludin yg kau orang sokong tu bukan nye ade nama bapak.... bin pun tak de

Rosmerah said...

Sengal betul lah kau ni bro bacalah blog ni betul-betul,ada macam menyokong khairy ke?Tau baca ka tak tau baca,emosional sangatlah lu ni............suka hati lu lah,eh lu ni cina ka,lupa mau tanya lah.

Anonymous said...

oii nama pon macam pondan ade ke nama rosmerah eee geli nye aku

Abafahim said...

Rosmerah.

lu ada sentuh pasal anwar ke? aku rasa brader Azman pun tak sentuh anwar..Hari ini Tuan Guru Nik Aziz menyeru orang-orang melayu untuk mempertahankan bangsanya dan mencela orang-orang melayu yang tidak berjuang untuk bangsanya. Kata Tok Guru Hikam, dijadikan manusia berbangsa-bangsa maka nak nyata 'ALLAH MAHA KAYA', Segala-gala puji-pujian untukNYA.

Anonymous said...

kpd azman nasihat saya adalah jangan membenci musuh anda sebab ia boleh affect judgement saudara. Setiap langkah mesti di-ambil kira...risiko risiko nya.

"Pembalasan adalah makanan yang sedap di-ambil taktala ia sejuk."

"Revenge is a dish best taken when it is cold." Kata kata Vito Corleone dalam filem "godfather".

azmanmdsah said...

terima kasih
atas komen sedara...
bagi aku lah orang luar umno dah tak boleh nak buek apo... solopeh pru12 hanya ahli umno sediri mesti mengubah hala tuju perjuangan melayu islam itu untuk masa dopan anak cucu kito... inilah perjuangan kito... mampu atau tidak kito nak mengubah keadaan sokarang terpulang pado kekuatan kito.. kita mesti buek. tak salah yang lain tu berjuang dalam pas dan pkr yang ponting perjuangan itu untuk kobaikan semua orang melayu islam yang akan dapek manfaat eh nanti...
ideologi tak samo perjuangan untuk perubahan itu totap samo...

Rosmerah said...

Syabas,teruskan perjuang sahabat ku.

Anonymous said...

Po kobar jang.kau org Rantau.kau humban kan dulu MB kau yg mengabihkan boreh tu .Kerajaan adik beradik.Hampeh manai

Anonymous said...

Den sokong ponoh kek dr ni tambahan pulak bekalan boreh dah makin kurang sekarang ni pado dio mengabihkan boreh tak tentu pasal eloklah humban kan dr yo..........apo apo ajolah dr butiq................

Anonymous said...

untuk nak mengubah sesuatu itu bukan sumo bendaboleh di ubah dalam sesatu masa... tetapi jika perjuangan itu untuk kebenaran pasti ianya dapat di ubah seperti MB, Dato Azman sumo tu...
MAN... kono tabah man.. ubah totap ubah. tekadkan perjuangan... jangan pandang belakang... pandang topi tak po...

Anonymous said...

Saya masih ingat Tun Musa Hitam cerita pasal UMNO (sebagai) parti kampung. Dia cakap waktu itu, kita jangan lupa yang UMNO asalnya di kampung-kampung. Jadi, dia minta kita semua hayati semangat dan ciri-ciri kampung yang sentiasa segar dan relevan sepanjang zaman. Contohnya, orang kampung penuh dengan permuafakatan, penuh dengan sikap kerjasama, bertolak-ansur, jujur, ikhlas dan sentiasa penuh dengan kesetiakawanan.

Itu yang Musa Hitam minta orang UMNO hayati. Ciri-ciri, sikap, semangat dan nilai-nilai itu yang perlu dihayati sepanjang masa dalam perjuangan.

Bukan macam hari ini. Masuk UMNO, bayar satu ringgit, dah mula minta lesen kontrektor kelas F. Kejar YB sana, kejar YB sini. Lepas tu beli kayu golf untuk gesel bahu dengan DO, SU Majlis Daerah atau Engineer JKR.

Dah dapat duit, bertanding AJK (UMNO) guna duit (hasil kerja-kerja) kontrek. (Bertanding) main politik wang. Tabur sana, tabur sini. Bila menang, sibuk nak cari banyak lagi duit kerana tiga tahun lagi nak guna (banyak lagi) duit (untuk) beli undi, mungkin untuk tanding Ketua Pemuda, Naib Ketua, Timbalan Ketua atau Ketua Bahagian.

Ini yang bikin UMNO rosak. UMNO digunakan sebagai sijil atau ijazah untuk cari wang dan lepas (berada) dalam UMNO, main politik wang untuk dapat jawatan. (Individu seperti ini) sapa saja dia langgar kerana dia ingat duit dia lebih besar dari kesetiakawanan, permuafakatan atau kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan.

Kesan gandaan kepada sikap bulldozer macam ni yang bikin UMNO ranap, punah, ranah. Tak cukup duit sendiri, duit towkey babi pun dia orang sapu.

Sebab tu macam (kontroversi) kes (ternakan) babi di Selangor yang tengah kecoh waktu ni, salah seorang shareholders syarikat ternak babi itu (dipercayai) adalah bekas YB UMNO. Apa nak jadi? Tak percaya, pergilah cari sapa bekas YB UMNO di kawasan Morib tu. Tanya dia, betul tak dia ada saham dalam syarikat ternak babi?

Pasal apa dia sampai sesat macam tu? Pasal nak duit. Untuk apa? Pasal dia nak guna duit untuk kekalkan kedudukan dan kuasanya. Sekarang? Dengan kuasa ALLAH SWT, terlingkup dia.

Mudah-mudahan ini semua jadi pengajaran kepada kita semua. Itu pun kalau masih ada orang UMNO yang nak hayati semula sifat kekampungan UMNO di abad ke-21 ini! - Politica----dari kudakepang

Anonymous said...

Walaupon..orang melayu ada parti parti yang berbeza, tapi tugas sebagai pemimpin adalah untuk memimpin rakyat. Sebagai seorang pemimpin haruslah sentiasa mengikut jalan yang benar dan tidak bermusuh kepada sesiapa kerana seorang imam jika ia terkentut di dalam solatnya. maka haruslah ia keluar ..dan digantikan dengan orang yang lain.

Anonymous said...

To brother Azman, ok la tu kau ada niat nak membetulkan apa yg tak betul dlam umno ni. Bagusla teruskanlah perjuangan. Asalkan jangan pada mulanya saja ...jgn diikut kato omputih"if you cannot beat them, join them".
Hampeh la jawap eh

paneh said...

Mahathir said, "Call A SPADE A SPADE".

Anonymous said...

Azman Mad Sah,

Sapo dio KJ ni??Mano ado dio mombantu org2 molayu.Yang botambah maju,kayo boto2 2 mamak tak soda diri tu.Azeez PUTERA & Naina.Molayu kok kayo dek KJ ni pun Wan Badak tu.Ubah yo la Man.Takdo sapo nak belo pemudo2 Rombau laie.Pomudo Rombau ni pun takdo yang brani eh doh.Sumo harap kek kau.Bejayo kau ubah,mendoru la ponyokong kau..1 Mesia sokong kau,apo kau nak takut....

Anonymous said...

Orang Melayu ni malas. Orang Melayu nak subsidi. Bila dah dapat subsidi, digadaikan. Bila dah kaya, berlagak.
Tak payah bantulah bangsa Melayu. Biar mereka bantu diri mereka sendiri.

PERJUANGAN UMNO ADALAH PERJUANGAN UNTUK MENGAUT KEKAYAAN SEBANYAK MANA YANG BOLEH PERSIS PENJAJAH TANAH MELAYU DULU UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI BUKAN UNTUK BANGSA.

Anonymous said...

amatlah tidak adil menghukum semua ahli umno sedangkan kita kat bawah akar umbi papa kedana adalah....
perubahan yang en. azman ingin lakukan itu satu bentuk perbuatan yang terpuji... kami menyokong dia, kerana perjuangan dia yang konsisten sejak dulu. pas dan pkr juga berjuang kearah kepentingan umat islam melayu
teruskan.