Thursday, April 24, 2008

Petikan dari....

http://tipulagi.blogspot.com/


12. Jadi, nampaknya, kita masih mengekalkan fiil dan budaya lama, fiil tidak mahu memeriksa kesalahan dan kelemahan kita secara kolektif, secara rasional, bijak dan cerdik. Kita mencari kesalahan orang lain, kesalahan pengundi, kesalahan parti lawan.
Para pemimpin parti – walaupun tidak semuanya – cuba menutup suara rakyat akar umbi UMNO, tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan dan teguran mereka. Kita pergi ke sana ke mari menyebarkan propaganda dan dongeng bahawa parti akan rosak jikalau ahli akar umbi UMNO tidak menyerahkan segala masalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang kepada pucuk pimpinan untuk ditangani dengan sebaik-baiknya – mereka diseru supaya memberikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan.
Apakah mereka tidak sedar bahawa yang menjadi punca besar kelemahan UMNO yang membawa kepada malapetaka yang tersebut itu bukan rakyat akar umbi UMNO tetapi ialah kelemahan kepimpinan UMNO, ini termasuk para menteri UMNO, yang setengah-setengahnya tidak mempunyai rekod peribadi, moral dan budaya yang baik.
Merekalah yang tidak mahu UMNO berubah; merekalah yang mahu kepimpinan UMNO yang ada dikekalkan, jangan digantikan, jangan ditandingi.
13. Masalah UMNO bukan masalah beberapa orang yang berkepentingan sahaja, tetapi masalah bersama semua ahli UMNO. UMNO bukan kelab golongan elit, golongan hartawan dan peniaga, kelab ‘eksklusif’. UMNO ialah parti politik kebangsaan Melayu.
Tugasnya bukan untuk menjaga periuk nasi anggota atasannya tetapi untuk memperjuang, menegakkan, dan memperkukuh tiga tiang kekuatan bangsa Melayu, yang saya sebut tiang Alif, Ba, Ta: Alif bererti Agama, Ba bererti Bahasa, Budaya dan Bangsa, dan Ta bererti ‘Tanah Air’.
Apabila UMNO tidak lagi mempedulikan perjuangan Alif, Ba, Ta ini, yang merupakan perjuangan Melayu yang asas, yang fundamental, alamat UMNO akan kehilangan pedoman dan petunjuk daripada Allah dan akan ditinggalkan oleh bangsa Melayu.
14. Masalah kita sekarang ialah, bagaimanakah anggota UMNO sebahagian besarnya tidak akan lari meninggalkan kapal yang sedang rosak dan bila-bila masa boleh tenggelam kerana nakhodanya lemah, dan seringkali meninggalkan kemudi atau menyerahkannya kepada anak-anak kapalnya. (Tiga Perubahan Besar Yang Harus Berlaku dalam UMNO)

Wednesday, April 23, 2008

Satu Wadah perubahan

Sejarah mengajar kita erti kesilapan, sejarah umno itu sendiri dari kebangkitan kemerdekaan 50 tahun lalu pemimpin2 dahulu yang bertungkus lumus memberi kita hari ini mengecapi kebebasan dari penjajah yang memerintah selama lebih 200 tahun. Pejuang terdahulu memerah keringat menyedarkan orang melayu islam erti bebas.

Hari ini ramai pejuang umno lupa perjuangan datuk nenek kita yang sanggup mengorbankan diri demi untuk kita hari ini. kemewahan, wang ringgit, kuasa menutup mata pemimpin sekarang. lupa asal perjuangan itu. Inikah warisan yang akan kita tinggalkan pada anak cucu kita akan datang.

Saya masih ingat pada cerita seorang tua yang dulunya pejuang dalam umno menceritakan, untuk nak menjadi wakil rakyat pada zaman beliau ramai yang tak sanggup apatah lagi untuk merebut jawatan itu kerana tanggungjawap terhadap orangramai amat berat. Kepentingan masyarakat perlu diutamakan dari kepentingan peribadi. Tapi hari ini lain yang berlaku.
saya rasa tak mustahil untuk kita berbalik kepada asal perjuangan kita. Tetapi selagi ada pemimpin yang tamak kuasa dan wang ringgit pemimpin seperti ini mestilah di singkirkan.

Kita lihat pergolakan dalam umno hari ini dari grassroot hingga lah keperingkat tertinggi, lupakah kita pada asal perjuangan itu. Berbalah sesama sendiri... caci mencaci sesama sendiri, memaki antara melayu yang berugama islam. fitnah berleluasa. Blog seperti ini digunakan untuk memfitnah mencaci memaki... inikah budaya kita. Saya amat berharap blog saya ini tidak digunakan untuk melepaskan geram.
Saya menolak KJ bukan kerana beliau musuh saya. Tetapi lebih kepada ideologi yang dibawa beliau tidak sehaluan dengan saya. Bagi saya beliau gagal dalam perjuangan yang saya dan sahabat2 inginkan. Malah beliau selalu mendapat gambaran yang salah dari pengampu2 beliau.
Malah kami menentang bukan kerana benci tapi rela hati untuk perpaduan umat islam melayu
di rembau supaya kembali kepada asal perjuangan dan bertaup kembali. Kalau nak dibandingkan KJ dan saya... siapalah saya... hanya ahli umno biasa... sedangkan yang kami tentang seorang menantu PM. Tetapi demi perjuangan umno terdahulu tekad dan semangat yang ada sokongan sahabat2 untuk membuat perubahan... tetap kami akan teruskan.

Kita jangan lupa 10 juta pengundi diluar sana hanya 3 juta ahli umno. Rakyat dah semakin hilang percaya dengan pemimpin yang angkoh dan sombong suka menipu suka di puja ... mereka ingin melihat pemimpin mereka senang didekati berhati mulia mendahulukan kepentingan orang ramai dari diri sendiri.
Jangan salahkan pas, pkr jika melayu islam kini tidak menyokong umno. mereka ingin melihat umno yang dulu zaman toknek kita berjuang untuk rakyat. kita yang salah... lupa dan lalai.

Marilah sahabat2 ku kita buat semula... perubahan mesti dilakukan biar banyak rintangan nya.
cuma umno yang boleh mengubah umno semula.

Salam perjuangan.

Friday, April 18, 2008

perjuangan umno

Assalamualaikum....

UMNO itu sendiri sebuah badan yang berintipatikan perjuangan membela melayu islam tetapi kerakusan pemimpinnya sikap sombong dan angkoh yang menjadikan umno dalam krisis seperti sekarang ini. kerana kuasa dan wang ringgit menjadikan kita lupa asal perjuangan itu. kalau nak dikira perjuangan dari peringkat cawangan pemuda apa sangat lah yang kami harapkan selama ini, malah kesungguhan kerja yang kami jalankan di peringkat grassroot bukan bergaji pun. Saya dan sahabat2 yang di tugaskan bukan meminta2 demanding. Kita bukan dari golongan hartawan.

Kita lihat senario perjuangan parti umno itu sendiri. Pemimpin tertinggi dibahagian, negeri dan peringkat tertinggi kadang2 lupa menunduk kepala melihat kebawah tetapi lebih kepada mendongak. Isu yang berbangkit sekarang ini termasuklah soal kepimpinan, soal kos kehidupan soal keselamatan semuanya berkait dengan isu survival hidup bukan saja warga parti yang paling bawah tetapi juga jangan lupa masyarakat luar parti, pengundi dan juga bukan pengundi.
Hidup mereka terhimpit... inginkan jalan keluar.

Umno setelah 50 tahun kita merdeka adakah kita jadi sombong dengan pencapaian kita atau seharusnya kita jadi humble.

Inilah wadah perjuangan saya dan sahabat2 untuk membuat pembaharuan walaupun ini satu kerja yang bukan mudah setelah sekian lama ahli2 umno meletakan motif perjuangan yang lain. Perubahan perlu juga dilakukan....Seseorang kena lakukan.
Umno banyak berjasa melalui pemimpin terdahulu adakah kita harus campakkan umno itu setelah ramai pemimpin sekarang lupa. semudah itu kita melupakan jasa orang lama.

Pemimpin tertinggi sekarang ini seharusnya membuat pembaharuan dengan segera bagi mengelakan perpecahan. Janganlah selalu memandang rendah terhadap ahli bawahan dan yang paling penting kita selalu dengar kita seringkali memandang rendah pihak lawan(pembangkang).

Sebab itu kami menolak KJ kerana perjuangan beliau bukan seperti yang kami impikan kerana kuasa dia sering memandang rendah kepada kami. Beliau lebih suka didampingi oleh pengampu, pembodek yang memberikan berita gembira bukan nya pengkritik seperti kami.

Kami perlukan sokongan dan bantuan dari kawan2 semua kerana kami akan melawan menantu PM. Bukan kerana dipaksa tetapi dengan rela hati memperjuangkan pembaharuan.

Friday, April 11, 2008

assalamualaikum...

Berbekalkan semangat kekuatan yang ada dan dorongan sahabat2 didalam umno. Saya mengambil tanggungjawab ini akan cuba dan terus mengubah ketidak tentuan yang ada dalam kepimpinan UMNO sekarang ini khususnya di bahagian Rembau.
Khairy Jamalludin seorang yang saya hormati sebelum ini, juga kami dari grassroot amat berharap kepada kepimpinan beliau. Tetapi saya amat sedih dan terkilan setelah teguran yang kami cuba sampaikan sejak tahun 2006 lagi dipandang sepi oleh beliau malahan kami dipandang sebagai penderhaka dan musuh kepada beliau. sejak itu kumpulan kami dianggap tak diperlukan lagi. berbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada kami, sedangkan teguran dan kritikan yang kami buat itu untuk kebaikan dan kepentingan perpaduan dalam parti.

Saya amat berharap sokongan dari rakan2 perjuangan yang inginkan perubahan didalam UMNO pemuda khususnya. Tugas yang saya dan sahabat lakukan ini bukan satu kerja mudah.
Saya berpendapat cuma UMNO sendiri yang boleh mengubah hala tuju Politik UMNO. Kekalahan di banyak kawasan UMNO di pru 12 yang lepas mengajar kita erti politik dan perjuangan yang bagaimana kah yang di inginkan oleh ramai orang dan juga warga parti sendiri.
justeru itu kami WARGA PEMUDA REMBAU perlukan satu titik tolak perubahan.

Terima Kasih sokongan dari sahabat2.
Sama-samalah kita berdoa dan restu supaya pembaharuan dapat di lakukan.

terima kasih

Wednesday, April 9, 2008

PEMUDA REMBAU

Kegagalan pimpinan k.j. dalam menangani isu2 pemuda rembau. beliau gagal mendengar rintihan akar umbi lebih mementingkan kedudukan beliau dari mendengar keluhan 2 pemuda2 rembau amnya. mereka yang menegur beliau di anggap musuh sedangkan yang ditegur itu untuk kebaikan

dengan itu kami warga pemuda rembau menolak khairy jamaludin dari menjadi pemimpin kami